Bermula Dengan Tabiat Kewangan Yang Baik Hari Ini!

Good money management

In partnership with 

Ingin meningkatkan kewangan peribadi anda tetapi tidak pasti bagaimana atau di mana untuk bermula?

Pengurusan wang mungkin dianggap suatu istilah yang rumit dan konsep yang tidak mudah difahami oleh ramai orang. Namun demikian, jika bermula dengan bijak dan membahagikannya kepada langkah-langkah lebih kecil dan mudah, maka ia menjadi lebih mudah untuk mengawal cara anda berbelanja dan menyimpan wang!

Jadi, mari kita mulakan dengan langkah-langkah mudah ini yang senang dicuba oleh sesiapa sahaja.

Mula Dengan Menyemak Kesihatan Kewangan Anda

Sebelum anda mengambil apa-apa langkah untuk menguruskan wang anda dengan lebih baik, anda perlu tahu kedudukan anda dari segi kewangan. Cara paling mudah untuk berbuat demikian ialah dengan mendapatkan laporan kredit anda.

Bank ingin mengetahui kandungan laporan kredit anda bagi menentukan sama ada untuk meluluskan permohonan pinjaman anda dan juga kadar faedah yang akan dikenakan.

[block type=”info” title=”Apakah yang akan didedahkan oleh laporan kredit anda?”]

  • Baki tertunggak dalam nama anda daripada kemudahan kredit yang sedia ada, termasuk tarikh anda mengambil pinjaman, jumlah bayaran bulanan anda, dan sejarah pembayaran anda.
  • Pertanyaan permohonan kredit untuk sebarang kemudahan kredit sepanjang 12 bulan yang lepas, dan jika ia diluluskan atau ditolak.
  • Kemudahan kredit yang ditandakan di mana pembayaran balik telah menjadi masalah atau bertukar kepada pinjaman tak berbayar.[/block]

Satu lagi sebab untuk menyemak laporan kredit anda ialah untuk melindungi diri anda daripada penipu. Aktiviti haram mereka akan muncul dalam laporan kredit anda sama ada untuk kad kredit yang anda tidak pernah miliki ataupun pinjaman bank yang anda tidak pernah memohon.

[block]Menyemak laporan kredit adalah langkah pertama yang boleh diambil ke arah menguruskan wang anda dengan lebih baik dengan tip pengurusan wang yang mudah ini.[/block]

Awasi Wang Anda… Dengan Aplikasi Percuma

Kemungkinan besar telefon pintar anda berdekatan dengan anda apabila anda membaca artikel ini, jadi menguruskan wang dengan lebih baik adalah betul-betul di hujung jari anda. Banyak aplikasi hari ini adalah percuma untuk digunakan, terutamanya jika anda tidak mahu berbelanja lebih daripada pendapatan anda.

[block type=”tips” title=”Bagaimanakah aplikasi dapat membantu anda?”]

  • Memaklumkan jumlah baki anda yang boleh dibelanjakan selepas komitmen bulanan anda.
  • Menjejaki setiap ringgit yang masuk dan keluar daripada dompet anda.
  • Mengingatkan anda tentang matlamat simpanan anda sambil memberi inspirasi kepada anda untuk terus berada di landasan yang betul.
  • Memantau kemajuan keseluruhan anda mengikut minggu, bulan dan tahun.[/block]

Antara aplikasi mesra pengguna yang lebih popular ialah My Tabung (aplikasi belanjawan yang diperkenalkan oleh Bank Negara) dan Money Lover (yang mempunyai pilihan luas seperti menetapkan belanjawan sambil mempertimbangkan pelbagai peristiwa dan sebagainya bagi mereka yang ingin maklumat lebih terperinci).

Pay your bills on time

 

Bayar Bil Anda Tepat Pada Masanya … Secara Automatik!

Kami tahu betapa mudahnya untuk mengautomasikan perbelanjaan. Peruncit beli-belah dalam talian sentiasa menghantar pemberitahuan ke telefon anda mengenai pelbagai tawaran, dan dengan hanya satu klik, pembelian anda sudah selesai dan barang tersebut dalam perjalanan kepada anda. Bayangkan jika anda boleh membalikkan ini untuk mengautomasikan pembayaran bil anda.

[block type=”info” title=”Berikut adalah cara untuk bermula:”]

  • Gunakan khidmat pembayaran automatik seperti arahan tetap untuk pembayaran kad kredit anda.
  • Akaun bank anda mempunyai ciri pembayaran di mana anda juga boleh menggunakan arahan tetap untuk menyelaraskan bil utiliti anda dan membayarnya secara automatik.

Contohnya, Hong Leong Connect Online Banking membolehkan anda mengurus perbankan setiap hari pada bila-bila masa dan dari mana-mana sahaja.

  • Pastikan pembayaran balik bagi hutang besar seperti pinjaman kereta, gadai janji rumah ataupun ansuran pinjaman pelajar atau peribadi dimasukkan sebagai arahan tetap supaya mengelak daripada penalti bayaran lewat.[/block]

Membayar hutang anda secara automatik setiap bulan mungkin menakutkan pada mulanya tetapi selepas anda sudah biasa, anda akan mendapati anda mempunyai lebih masa untuk mencapai matlamat kewangan jangka panjang.

Jangan Terlebih Bayar Untuk Insurans

Panduan mudah untuk melihat jika anda mempunyai perlindungan insurans hayat yang mencukupi adalah untuk mempunyai sekurang-kurangnya 10 kali pendapatan tahunan anda bagi menampung perbelanjaan keluarga untuk 10 tahun akan datang.

Walau bagaimanapun, ini hanya satu garis panduan umum. Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) menyarankan penggunaan Kaedah Analisis Berdasarkan Keperluan.

[block type=”tips” title=”Berikut adalah bagaimana ia berfungsi:”]

  1. Ketahui keperluan tunai dan pendapatan bagi tanggungan seorang yang meninggal dunia. Ini termasuk perbelanjaan pengebumian, bayaran balik pinjaman, keperluan pendapatan harian keluarga dan kos pendidikan anak-anak.
  2. Ketahui nilai aset ketika kematian dan liabiliti yang perlu dibayar. Deposit bank, saham, hartanah dan baki KWSP adalah beberapa aset biasa manakala liabiliti akan termasuk pinjaman perumahan, sewa beli dan baki kad kredit.
  3. Kira perbezaan antara sumber dana yang tersedia dan jumlah yang belum dijelaskan. Jumlah perbezaan inilah yang memerlukan insurans.[/block]

borrow what you can repay

Hanya Meminjam Apa Yang Anda Mampu Membayar Balik 

Menurut Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran Bank Negara bagi 2018, nisbah hutang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) ialah 83% pada tahun lepas. Walaupun ini suatu peningkatan berbanding 84.3% pada 2017, peratusan ini masih lebih tinggi daripada negara jiran Asia Tenggara kita.

[block type=”info” title=”Kita boleh melakukan lebih banyak lagi untuk mengurangkan hutang isi rumah dengan mengikuti langkah berikut:”]

  • Pinjam apa yang anda mampu untuk membayar balik dengan pendapatan semasa anda. Jangan sekali-kali meminjam wang berdasarkan jangkaan pendapatan masa depan anda.
  • Pilih skim pembayaran yang mudah dan bebas faedah jika anda mengambil hutang apabila membeli barangan isi rumah yang besar. Ini membolehkan anda menetapkan tempoh dan membayar secara automatik selama 6 atau 12 bulan sambil menjadikannya keutamaan untuk membayar keseluruhan baki kad kredit anda pada akhir setiap bulan untuk mengelakkan caj faedah.
  • Cari cara untuk mengurangkan fi kad kredit bulanan anda, sama ada untuk mengelakkan pembayaran faedah sama sekali dengan membayar keseluruhan baki kad kredit atau menyalurkan apa-apa dana tambahan untuk membayarnya dengan lebih cepat.[/block]

Satu lagi cara lain ialah dengan menggunakan pinjaman peribadi untuk menggabungkan komitmen hutang anda selain menikmati penjimatan.

[block type=”success”]Berikut adalah berapa banyak yang akan anda bayar untuk jumlah caj faedah sebelum dan selepas menggabungkan hutang anda dengan Pinjaman Peribadi Hong Leong atau Pinjaman Peribadi/Pembiayaan-i Hong Leong pada 6% setahun. *kadar promosi sah sehingga 31 Oktober 2019[/block]

Sebelum menggabungkan hutang:
[table id=1270 /]

Selepas menggabungkan hutang dengan pinjaman peribadi:
[table id=1271 /]

Jimat Sehingga 20% Nilai Tunai Rumah Impian Anda

Menjadi pemilik rumah adalah impian ramai rakyat Malaysia, tetapi ia juga melibatkan kos kewangan yang besar. Di samping menentukan di mana anda ingin tinggal, untuk benar-benar mampu membeli rumah, anda perlu mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar bukan sahaja bayaran pendahuluan.

Bayaran pendahuluan untuk rumah pertama biasanya ialah 10%, namun menetapkan margin sebanyak 20% daripada harga purata rumah di kawasan kejiranan impian anda memberikan anda jumlah anggaran yang meliputi semua kos pendahuluan utama selain bayaran pendahuluan.

Mari kita memecahkan kos sebenar yang anda perlu bayar.
[table id=1272 /]

Walaupun bayaran pendahuluan bagi sebuah hartanah berharga RM500K ialah RM50,000, jumlah ini akan melonjak sebanyak RM20,000 lagi sebaik sahaja anda memasukkan semua kos pendahuluan. Oleh itu, jika anda telah menetapkan sasaran simpanan anda pada hanya 10% harga hartanah, anda akan mendapati jumlah yang kurang daripada matlamat anda.

Dapatkan permulaan awal untuk mencapai matlamat menyimpan 20% dengan akaun Hong Leong Pay&Save yang memberi anda faedah ke atas simpanan, perbelanjaan kad debit dan pembayaran bil anda.

[block]Jika anda ingin mengetahui lebih banyak cara untuk DuitSmart dan mendapatkan kesihatan kewangan yang lebih baik, sila layari www.hlb.com.my/duitsmart[/block]

The post Bermula Dengan Tabiat Kewangan Yang Baik Hari Ini! appeared first on Broker CFD rental .

btc binary options